JellyPages.com

Monday 25 March 2013

Relationship

Minggu lepas ada kenduri tahlil untuk arwah Tok Ayah.
Rasa macam baru semalam Tok Ayah bergelak ketawa dengan kami. 
Rasa macam baru semalam Tok Ayah hantar along ke tadika. Tapi along mengamuk sebab tak nak belaja. Hmm. Rindu Tok Ayah.

Semalam naik bas balik Kota Bharu. Sedih nak tinggal Naufal. Sebab dia pun sama nak ikut kakak dia naik bas. Mengamuk nak ikut. Xpe la dik, nanti hujung minggu ni, Along balik lagi. Rindu adik jugak.

Semalam, saya mesej awak. Awak kata awak pegi usrah. Kat masjid. Saya penat dengan kenduri tahlil, saya cakap saya nak tido kejap. Awak cakap ok. Lepas tu saya mesej lagi, tapi awak x reply. Pagi tadi saya sampai KB, saya mesej awak cakap dah sampai. Awak x reply jugak. Sampai office, saya cakap saya dah sampai office, pun awak x reply. Rupanya awak ada class n sekarang awak tengah study kat library. Rindu  awak jugak.

Berakhirnya sebuah perhubungan apabila kita saling tidak ambil tahu antara satu sama lain.

Thursday 21 February 2013

Internship

Since it's still too early to start a work,
So I snap a picture.



I was like, whaaattt..
Saya ditempatkan di Bilik Gerakan.
Bilik yang sangat besar, untuk dua orang.
Hahaha.

Wednesday 2 January 2013

Pensyarah itu.

Ternyata sudah terlalu lama,
Meninggalkan laman ini,
Mungkin kerana lebih meluangkan masa bersama tesis.
Tidak banyak yang aku ingin ceritakan, 
Cuma tentang seorang pensyarah yang menjadi penyelia tesis aku sekarang ini.

Dr. Mai..
Aku nyata kagum dengan sifatnya,
Aku ini salah seorang anak didiknya yang malas,
Itu benar. Jarang-jarang saja aku berjumpa dengannya untuk bertanyakan tesis aku.

Namun, tiap kali aku mengadakan pertemuan dengannya,
Tiap kali itu, dia akan melayan aku dengan baik,
Persis seorang ibu yang melayan karenah anaknya yang nakal,
Dan tiap kali itu, aku tersentuh mengingatkan ummiku di kampung.

Aku pernah mendengar buah mulut,
Yang dibawa oleh rakan-rakan fakultiku,
Yang dia seorang sangat pemurah,
Pernah, dia menganjurkan majlis makan malam bersama anak yatim di sebuah hotel mewah.
Mulianya hati,
Benar atau tidak,
Wallahualam.

Bagi aku,
Aku ingin menjadi sepertinya.
Sentiasa senyum dan baik.

Wednesday 5 December 2012

Perikemanusiaan

Peristiwa ini berlaku tidak lama dahulu.
Kiranya ini adalah satu cerita yang bersifat imbas kembali di mana pada ketika itu aku menemani rakanku ke Pusat Kesihatan UKM.
Aku lupa sakitnya apa. Nyanyuk mungkin?

Dua pemandangan yang sangat berbeza yang aku dapati hari itu.
Perbedaannya amat ketara dan nyata menimbulkan keinsafan dalam diri aku. Sungguh aku keliru dengan pemandangan yang telah aku lihat.

Pertama : Aku melihat sebuah kereta buatan Malaysia yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia kerana reka bentuknya yang 'sporty' meluncur laju dari persimpangan Pusat Pengajian Umum menuju ke laluan Pusat Kesihatan. Brek ditekan. Kelihatan seorang  pemuda berusia pertengahan keluar dari perut kereta lantas menghampiri seorang pekerja asing yang menyapu dedaun kering di laluan pejalan kaki dengan lenggok yang kasar. Aku melihat pemuda   Cina itu terkumat kamit seakan-akan memarahi pekerja asing yang ku kenalpasti dari negara Bangladesh. Terkejut aku apabila melihat dia menarik lelaki tidak berdaya itu ke arah keretanya dan memarahinya tanpa aku fahami apa butir-butir perkataannya. Aku hanya mampu berjalan melintasi mereka.

Kedua : Di persimpangan yang sama, tetapi aku telah melewati persimpangan itu. Kedengaran bunyi brek yang ditekan secara mengejut dan disusuli oleh dentuman kecil. Motor sudah terbalik dan kereta terhenti di pertengahan jalan. Susuk seorang wanita berimej pensyarah keluar lalu mendekati seorang lelaki muda yang ku kira seorang pelajar. Aku melihat wanita itu menjamah-jamah badan lelaki itu sambil bertanya tentang keadaannya. Persis seorang ibu yang penyayang aku kira. 
Aku tersenyum.

Tiba di kamar, mindaku berputar ligat. Mencari satu titik pertengahan. Mencari satu jawapan. Aku bukan seorang manusia yang bersifat rasis yang kalut untuk menjatuhkan hukuman diskriminasi. Tetapi itu yang aku fikirkan. Mengapa hanya segelintir sahaja yang mempunyai peri kemanusiaan? Mengapa tidak seluruh jenis masyarakat?

Ya Allah, aku insaf. 
Aku belajar untuk bertimbang rasa dengan seluruh makhluk-Mu.

Tuesday 4 December 2012

Tiba Masa

Ya, mungkin sudah tiba masanya.
Masa untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
Masa untuk memuntahkan segala yang terlintas di fikiran.
Dan juga masa untuk aku memikirkan tentang tugasan yang bakal aku  coretkan di sini.
Tugasan yang memerlukan aku untuk menulis tentang "Tokoh" yang memberi inspirasi dalam kehidupanku sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Sungguh, aku juga pening seperti rakan seperjuanganku, Ikah.. Di mana kami langsung tidak berpengetahuan tinggi di dalam bidang sastera. Apatah lagi latar belakang pendidikan aku yang dulunya daripada bidang Sains. Jika hendak dibandingkan aku dengannya, sudah tentu dirinya lebih bersastera kerana beliau adalah lepasan STPM yang mengambil bidang Sastera. Barangkali. Aku pun tidak pasti.

Namun, setelah mengalirkan air mata kerana tekanan yang melebihi kewarasan akal dan berbekalkan dorongan sahabat handai, serta dua buah buku dari Dr Mawar Shafei, aku berharap aku mampu untuk melaksanakan tugas aku dengan jayanya.

Doakan aku.